25 May 2010

~~~PERLAHAN~~~



Perlahan...
aku cuba memahami jalur hidupmu
melewati batas-batas waktu...
yang menuntut kecintaanku
pada menyentuh rohanimu
dengan keredhaanNya

Perlahan...
aku berjalan bersama cahayaNya
merentas kegelapan malam
selepas tidurnya siang
merangkak meninggalkan
mentari merah

Perlahan...
aku memburu sejuknya embun
mencari rahsianya alam yang indah
namun gagal..
aku hanya menikmati keindahannya
kerna aku tak mampu..
semua ini adalah milikNya

Perlahan..
aku cuba menjalar
ke pembuluh darahmu
namun ia membeku
dan akhirnya...

Perlahan...
aku meninggalkanmu
tanpa ada bicara..
atau sentuhan..
kerna aku adalah aku..
bukan milikmu..

Nukilanrasa:
~~~Shania~~~

0 comments: