27 July 2010

~~~Rapuhnya Cintamu~~~



Ku kutip saki cintaimu
yang berjatuhan ke bumi
rapuh bagai sayap rama-rama
juga persis buih di lautan
mudahnya pecah terlerai

Ku cuba padukan
pada serpihan jiwa
namun sukar menyatu
kerana cinta yang kau bawa
tidak selembut sutera
dan bukan seharum mawar
juga tak sesejuk bayu

~~~Shania~~~

0 comments: