03 June 2010

~~~Malam Hitam~~~



Malam Hitam
Bila tiba
Malam hitam lengking
Anjing anjing
Merayau kekosongan
Bulan bercahaya suram
Sepi mengusai diri.

Malam
Sangka aku
Hanya anak anak si Azazil
Yang menghasut menyesatkan
Rupanya ada lagi
Yang lebih dahsyat hina

Setan bertopeng insan
Juga mencari peluang
Menghancur debu hidup
Pucuk hijau baru bertunas
Dihutan batu ini.
Dan mereka itu
Adalah bangsaku sendiri!
Iaitu
Yang menjahanam dan terjahanam.

Waspada, bila tiba
Malam hitam.

Hasilnukilan,
Akupun.

0 comments: