06 January 2012

~~~Penghijrahan~~~


Angka bertambah
masa terus berlalu
perjalanan yang jauh
bermula dengan satu langkah
penghijrahan dari masa ke semasa

Petik segala kebaikan
pelihara tapak-tapak perjalanan
pakailah mahkota kemanusian
susuri jalan yang lurus
hulurkan tali-tali doa

Berpayunglah di bawah lindungan-Nya
genggamlah ikatan dengan-Nya
berteduh di bawah Rahmat-Nya
~Sha2012~

“Apabila kamu meminta pintalah kepada Allah dan apabila kamu
meminta tolong pohonlah kepada Allah.”
( al-Tirmizi)

0 comments: