
Mengapa dibiarkan usang
jiwa yang lara tak terusik
bagai dimakan anai-anai
terbiar dalam rekahan
menunggu roboh
Disaat terbalut duniawi
diumpan pelbagai ideologi
topeng-topeng yang menampal
tewas pandanganmu
merantai diri
Bergelumang sifat mazmumah
bersihkan alam zahir dan saghril
bermujahadah tanpa jemu
ludahlah nafsu jahat yang tertelan
terangilah jiwa hitam pekat
Nukilanrasa:
~~~shania~~~
0 comments:
Post a Comment